Saturday, January 1, 2011

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Sekejap sahaja masa berlalu, 2010 sudah ditinggalkan. Banyak pengalaman pahit manis sepanjang tahun 2010 yang dilalui. Apa yang penting yang baik dijadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. hehe.


Marilah kita renungkan pesanan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. iaitu sabda Baginda dalam hadis: Maksudnya: "Rebutah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua, dan kaya kamu sebelum miskin". (HR Hakim dan Baihaqi).


Semoga segala perancangan tahun 2011 yang akan datang ini akan diberkati Allag swt dan di permudahkan olehNya.





     

No comments: