Maklumat terkini bagi penyimpan/pendeposit Tabung Haji. Tabung Haji telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5% kepada 4.7 juta penyimpannya/pendepositnya bagi tahun 2008.
Berikut adalah peratusan kadar dividen Tabung Haji sepanjang 7 tahun yang lepas :
Tahun 2007 = 5.0% + 2.0% dividen khas
Tahun 2006 = 4.75%
Tahun 2005 = 4.5%
Tahun 2004 = 4.3%
Tahun 2003 = 4.0%
Tahun 2002 = 3.5%
Tahun 2001 = 3.25%
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Tabung Haji berjaya mencatatkan perolehan sebanyak RM1.5 billion pada tahun lepas walaupun dalam keadaan masa depan ekonomi yang suram.
Nampaknya tahun ni takdelah bonus atau dividen khas seperti tahun sebelumnya. Semoga pihak Tabung Haji dapat meningkatkan lagi pelaburan mereka untuk di tahun-tahun yang mendatang.
Kenyataan Media : Dividen Tabung Haji 2008 sebanyak 5%.
No comments:
Post a Comment