Sunday, November 21, 2010

Cuti Aidil Adha,Dari KB ke SP

Terlebih dahulu aku mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimim muslimat. Harap qurban kali ini diberkati Allah swt. Antara berita menarik yang menarik perhatiaan aku mutaakhir ini adalah:

1) Baru-baru ini Bank Negara BNM telah mengeluarkan polisi Loan to value ratio 70% kepada peminjam utk membeli hartanah yang ke tiga dan seterusnya. Ini adalah langkah BNM untuk membenteras aktiviti spekulatif pasaran hartanah, mungkin memberi kesan bagi pelabur-pelabur gergasi. Tetapi bagi pelabur kerdil sudah tentunya akan menerima tempias daripada pelaksaan dasar ini. Walaubagaimanapun, aku cuba melihat sesuatu yang positif daripada apa yang berlaku. Antaranya, mungkin harga hartanah di lokasi panas tidaklah naik secara tidah munasabah yang akan memberi peluang pelaburan. Cumanya, modal yang diperlukan meningkatlah 30% plus lawyer fee, etc.Nasihat yang berkesan adalah teruslah menyimpan serta jangan putus asa mencari peluang.

2) Penyenaraian IPO PETRONAS Chemical Group (PCG) ke BSKL pada 26/11/2010. Ini adalah berita yang mengujakan. Bermula dengan harga pembukaan IPO RM 5.05 ditambah pula dengan sentimen pasaran saham yang berada pada 1500 mata sekarang ini. Masih tercari-cari indicator yang terbaik untuk mendapat signal "sell" untuk mendapat keuntungan jangka pendek. Itu adalah target aku.Kenaikan RM1,2 ringgit sudah memadai.

3) Harga emas masih lagi bullish tend, walaupun US Federal Reserve membeli hutang US600bil Treasury Bond pada 3rd Nov 2010. Besar kemungkinan harga emas akan kekal pada USD1300 per ounce.Paras tertinggi adalah pada USD1410 per ounce pada 11th Nov 2010. Bermula selewat-lewatnya bulan depan aku akan melibatkan diri secara agresif dalam pelaburan emas ini. Modal pelaburan Public Gold masih lagi RM20k sampai hujung tahun ini. Kepada pelabur-pelabur tegar,tungguuu.