Selamat Hari Raya Kepada Semua.
Setelah puas berhari raya di kg, kami sekeluarga bercadang menghabiskan cuti yg berbaki di luar negara.hehe.negara jiran je-Thailand.Memandangkan ini kali pertama aku ke negara gajah putih dengan kereta.
bermula dengan check point pertama rumah aku di sg petani. terus ke pejabat imegresen sg petani. tu pun sb adik sedara aku nk buat pass sempadan. cepat jugak process buat pass sempadan ni lebih kurang 30min jer. kalau korang lahir di kelantan,kedah,perlis,perak boleh la buat pass sempadan ni RM10 jer valid utk 6 bln jer. korang bleh travel sejauh 20km dr sempadan.utk yg ada passport antarabangsa no problem,rm100 utk passport 2thn validity.
Perjalanan seterusnya ke gurun utk buat insurance kereta dan white paper. bayar sbyk RM15 dan RM1. Aku buat dua-dua document ni kat stesen minyak caltex hentian gurun.Kat sini ada jugak money changer. Rate hari tu RM10 = 9.80 Baht.
Selesai urusan tu,kami terus ke bukit kayu hitam. Isi minyak penuh2 kat chanloon.Untuk pengetahuan korang harga petrol kat thailan agak mahal. Kat stesen minyak thai ada jual RON91,RON95. harga untuk 1 liter RON 95 lebih kurang RM 3.98. So lebih baik isi siap2.
Keadaan lalulintas di menuju ke Hat Yai. Sibuk dengan Tuk Tuk. Risau jugak driving kat sini sb tak biasa. Orang cakap drive kat Siam ni kene rajin break sb tu break pad kat Siam ni murah2.
Syurga shopping. Banyak brg2 untuk dibeli.Tapi kene la pandai tawar menawar. Bab2 shopping dgn tawar-menawar ni serahkan kepada Maam.
Jalan2 cari makan. Antara restoran halal di tengah2 Bandar Hat Yai,Restoran Hamid.Makanan ala thai.Tom Yam,Keng Som,Som Tam dan Pulut Durian,Manga.Best!
Lepas puas ronda2 Hat Yai,terus ke Songkla. Tak de ape2 aktiviti menarik pun. cuma ambik gambar jer.
Pastu Balik ler. Syok jgk pi Hat Yai ni.Next Trip ke Kota Kinabalu.