Tuesday, August 31, 2010

Kelantan saman PETRONAS tuntut bayaran royalti

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan menyaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum diperoleh di luar pantai negeri berkenaan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam, melalui Tetuan Tommy Thomas. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan anggota Exco kerajaan negeri.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Nik Aziz berkata, sebagai ketua kerajaan beliau hanya mahu menjaga harta kerajaan walau dengan apa cara termasuk melalui rundingan atau proses perundangan.
Kerajaan Kelantan (plaintif) menamakan PETRONAS sebagai defendan, menuntut beberapa relif, antaranya pelaksanaan spesifik Perjanjian Petroleum Kelantan dan penjelasan atau siasatan berhubung pendedahan penuh berkenaan bayaran perlu dibayar kepada kerajaan negeri.

Antara pendedahan dituntut ialah tempoh sejak bila sumber itu dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan blok mana diperoleh dan jumlah perlu dibayar PETRONAS.

Kelantan juga menuntut perintah semua tunggakan pembayaran tunai perlu dibayar dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah dan bayaran masa hadapan dibayar mengikut syarat dalam Perjanjian Petroleum Kelantan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan tanpa sebarang alasan melanggar Akta Kemajuan Petroleum (PDA), Perjanjian Petroleum dan Pemberian Kelantan apabila gagal membuat sebarang pembayaran kepada kerajaan negeri bagi petroleum yang diperoleh di luar pantai negeri itu.
Plaintif mendakwa, Perjanjian Petroleum Kelantan ditandatangani oleh Menteri Besar Datuk Mohamed Nasir pada ketika itu yang bertindak bagi pihak kerajaan negeri dan Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS pada masa itu.

Sebagai balasan, defendan bersetuju membayar kepada kerajaan negeri yang memberikan hak selama-lamanya memindah hak kepada syarikat itu hak eksklusif untuk mencari gali dan memperoleh petroleum di luar Pantai Kelantan (Pemberian Kelantan).

Plaintif mendakwa, Pemberian Kelantan disempurnakan secara bertulis pada 9 Mei 1975 oleh Mohamed dan diterima juga secara bertulis oleh Tengku Razaleigh.

Sumber artikel :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KelantansamanPETRONAStuntutbayaranroyalti/Article

Sunday, August 22, 2010

RM VS DINAR & DIRHAM KELANTAN

Baru-baru ini heboh la sekalian rakyat jelata negara Malaysia apabila Kerajaan Kelantan telah menggunakan dinar emas dan dirham dalam transaksi perniagaan dan pemberian gaji kepada kakitangannya. Sememangnya kita lihat emas adalah sesuatu yang berharga dimata manusia. Harga emas sentiasa naik dan takkan hilang nilainya. Justeru ia memang sesuai untuk dijadikan matawang.

Petikan daripada HarakahDaily.Net
Maslan Yusoh Wed Sep 20, 06 4:31:58 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Sept (Hrkh) - Harta kekayaan umat Islam akan jatuh ke tangan orang bukan Islam memandangkan sistem kewangan fiat tidak dikuasai mereka, kata Prof Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Wang fiat dimaksudkan wang yang tiada nilai intrinsik tersendiri, sama seperti wang kertas dan wang elektronik yang digunakan sekarang.

"Dari perspektif ekonomi politik, berpindahnya kekayaan kepada institusi-institusi kewangan akan mengakibatkan berpindahnya juga kedaulatan serta kuasa politik kepada mereka.

"Mereka akhirnya akan menjadi pemerintah sebenar sesebuah negara," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Dinar Emas di sebuah hotel di sini, hari ini. Kertas kerjanya bertajuk 'Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al Syariah'.

Seminar itu diadakan sempena pelancaran Emas Dinar Kelantan yang pertama dilakukan dalam sejarah kewangan Islam di negara ini. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Permodalan Kelantan Bhd.

Dr Ahamed Kameel dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, mereka yang mengeluarkan wang fiat akan menikmati kuasa begitu mutlak kerana mempunyai kuasa beli di seluruh dunia.

Menurutnya, kuasa beli itu telah dinikmati Amerika Syarikat sejak sekian lama dan sekarang dicabar pula oleh Euro.

Katanya, dengan kuasa beli antarabangsa ini mereka dapat melaksanakan agenda-agenda termasuk membiayai Israel dan menindas umat Islam di serata dunia.

"Dengan memberi hutang menggunakan wang fiat yang mereka ciptakan, banyak negara membangun telah pun terperangkap dalam satu perangkap hutang. Tidak dapat bayar walaupun bahagian faedahnya, apa lagi pokoknya.

"Akhirnya kuasa politik dan pengurusan negara jatuh ke tangan institusi-institusi kewangan antarabangsa. Oleh yang demikian beransur-ansur harta kekayaan umat Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam," ujarnya.

Beliau juga memetik ahli ekonomi Islam masa kini, Umer Chapra yang menyebut sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam.

Negara-negara Islam menyelesaikan masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular.

Menurutnya juga, terdapat tiga ciri sistem kewangan masa kini yang mempunyai sifat-sifat riba iaitu wang fiat, perbankan fractional rezab dan riba.

Sehubungan itu beliau mengajak umat Islam memperjuangkan penggunaan wang emas kerana ia mempunyai nilai intrinsik tersendiri, yang sudah terbukti dalam sejarah ketamadunan manusia.

Bekas Pengurus Kanan Pengurusan Projek Bank Pembangunan Malaysia (M) Bhd, Hajah Nik Mahani Mohamad mendedahkan perjanjian Bretton Woods pada 1944, di mana 44 negara bersetuju bersandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada Dollar Amerika.
"Mengapa dunia memberikan persetujuan menggantikan gold standard dengan American Dollar.. dan betapa deception mereka. Dan sejak 1971 Dollar Amerika tidak lagi disandarkan kepada emas.

"Tindakan unilateral Presiden Nixon menandakan berakhirnya sistem piawai emas. Sehingga hari ini dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran pertukaran asing," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Kembalinya Dinar, Sejarah dan Implikasinya'.

Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, Dr Rosli Yaakop pula berkata, wang kertas yang digunakan di Malaysia adalah dibuat daripada 'kain buruk' yang begitu murah nilainya.
Menurutnya juga, penggunaan dinar emas dan dirham bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berakhir selepas Daulah Othamaniah tumbang pada 1924.

"Selepas dilupakan kira-kira tiga suku abab, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam," katanya.
Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan termasuk dihadiri peserta dari luar Kelantan. Ia dirasmikan anggota Exco, Dato' Husam Musa. Manakala petang ini pelancaran Emas Dinar Kelantan dilakukan Menteri Besar.

Sunday, August 8, 2010

Analisis Emas Public Gold

Assalamualaikum,

Agak lama tak update blog ni. Byk jugak yg nk kene update kat sini. Bermula dengan pelaburan emas dahulu lah ye.

Pada 07/07/10 lepas, harga emas 20g pada ketika itu RM2768,RM2780 time tu harga rendah.Dan pada 28/07/10, harga paling rendah adalah RM2702. Sekarang kl kita tgk pada 08/08/10 meningkat kepada RM2800. Peningkatan sebanyak RM 100 atau 3.7%. Sekarang trend semaking menaik.Lihat carta dibawah.



Tak rugi beli emas samaada untuk simpanan atau tujuan pelaburan.

Pelaburan emas yang berbaloi-baloi.