Friday, December 31, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010


Garuda akhirnya akur kekalahan kepada Malaysia

JAKARTA - Selepas ghairah menyiarkan laporan berbaur provokasi, media Indonesia mula menerima hakikat kekalahan pasukan mereka kepada Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki AFF di sini kelmarin, apabila menyiarkan laporan seimbang.
Akhbar Kompas dalam laporan muka depannya menasihati skuad Indonesia agar mengambil pengajaran daripada kejayaan pasukan Malaysia.
Menerusi tajuk berita 'Jangan Malu Untuk Belajar', akhbar berpengaruh itu memberitahu, Indonesia tidak perlu malu belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah yang cukup bermakna itu.
Kata akhbar berkenaan juga, kejayaan Malaysia meraih juara Piala Suzuki AFF 2010 disebabkan persiapan awal yang dilakukan pasukan berkenaan.
Kompas juga melaporkan, rasa kecewa terhadap kegagalan tersebut jelas terpancar pada wajah pemain, pengurus dan pengurusan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
"Raut wajah mengungkap sejuta rasa, meskipun para pemain membisu saat berjalan menuju ke bilik persalinan. Para pemain berjalan lesu dengan wajah murung," lapor Kompas.
Bagi akhbar The Jakarta Post pula, kejayaan Malaysia merangkul anugerah tersebut sekali gus mencatat sejarah yang cukup manis bagi negara itu.
"Biarpun Indonesia menang dengan jaringan gol 2-1 kepada Malaysia di gelanggang sendiri, ia masih belum cukup untuk membolehkan Indonesia memenangi kejohanan ini. Sebaliknya, kemenangan Indonesia hanya membuka ruang buat Malaysia melakar sejarah," kata akhbar itu dalam laporan muka depannya hari ini.
Kejayaan skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih K. Rajagobal itu pula dirumuskan akhbar Media Indonesia sebagai 'mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pasukan yang berjaya di rantau Asia Tenggara'.
"Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan diri mereka sebagai yang berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir setelah pada tahun 2009 mereka meraih pingat emas di sukan SEA," lapor akhbar tersebut.
Akhbar berkenaan juga memberikan pujian terhadap penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang disifatkan sebagai bijak menangkis serangan Indonesia.
"Tercatat tujuh kali percubaan tepat ke arah gawang Malaysia, namun kukuhnya gawang yang dijaga oleh Khairul Fahmi menjadikan serangan-serangan pemain Indonesia ibarat cuba menerobos tembok yang kebal," katanya lagi.
Kecemerlangan Khairul turut mendapat perhatian akhbar Jakarta Globe khususnya ketika pemain itu berjaya menepis percubaan pemain Indonesia, Firman Utiman pada tendangan penalti. - Utusan

Sunday, November 21, 2010

Cuti Aidil Adha,Dari KB ke SP

Terlebih dahulu aku mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimim muslimat. Harap qurban kali ini diberkati Allah swt. Antara berita menarik yang menarik perhatiaan aku mutaakhir ini adalah:

1) Baru-baru ini Bank Negara BNM telah mengeluarkan polisi Loan to value ratio 70% kepada peminjam utk membeli hartanah yang ke tiga dan seterusnya. Ini adalah langkah BNM untuk membenteras aktiviti spekulatif pasaran hartanah, mungkin memberi kesan bagi pelabur-pelabur gergasi. Tetapi bagi pelabur kerdil sudah tentunya akan menerima tempias daripada pelaksaan dasar ini. Walaubagaimanapun, aku cuba melihat sesuatu yang positif daripada apa yang berlaku. Antaranya, mungkin harga hartanah di lokasi panas tidaklah naik secara tidah munasabah yang akan memberi peluang pelaburan. Cumanya, modal yang diperlukan meningkatlah 30% plus lawyer fee, etc.Nasihat yang berkesan adalah teruslah menyimpan serta jangan putus asa mencari peluang.

2) Penyenaraian IPO PETRONAS Chemical Group (PCG) ke BSKL pada 26/11/2010. Ini adalah berita yang mengujakan. Bermula dengan harga pembukaan IPO RM 5.05 ditambah pula dengan sentimen pasaran saham yang berada pada 1500 mata sekarang ini. Masih tercari-cari indicator yang terbaik untuk mendapat signal "sell" untuk mendapat keuntungan jangka pendek. Itu adalah target aku.Kenaikan RM1,2 ringgit sudah memadai.

3) Harga emas masih lagi bullish tend, walaupun US Federal Reserve membeli hutang US600bil Treasury Bond pada 3rd Nov 2010. Besar kemungkinan harga emas akan kekal pada USD1300 per ounce.Paras tertinggi adalah pada USD1410 per ounce pada 11th Nov 2010. Bermula selewat-lewatnya bulan depan aku akan melibatkan diri secara agresif dalam pelaburan emas ini. Modal pelaburan Public Gold masih lagi RM20k sampai hujung tahun ini. Kepada pelabur-pelabur tegar,tungguuu.

Sunday, October 31, 2010

Sejarah tercipta



The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me lutut dan berdoa tan da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, ma lam tadi.
Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri ngi dentuman mercun me ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke tandusan penye rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko tak penalti.

Shahurain yang mele dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub khiddin Mohd Salleh me ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani. 
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam puk penguasaan de ngan Mohd Badri men cetuskan dentuman mer cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.



Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010103103165620101031031656/Article

Saturday, October 2, 2010

Trip to Lumut

Assalamualaikum,

Baru-baru ni time cuti hari raya sempat pi beraya di Lumut.Actually rumah kakak ipar belah Maam kat Manjung. Alang2 dh smpai situ terus je lajak ke Lumut. Singgah sekejap di pengkalan yg nk pi P.Pangkor.Aktiviti menarik di sana, membeli belah brg2 makanan laut kering. Katanya lebih murah drp yg ada dipasaran.Anyway enjoy the picture.


Thursday, September 30, 2010

Trip to Hat Yai

Selamat Hari Raya Kepada Semua.

Setelah puas berhari raya di kg, kami sekeluarga bercadang menghabiskan cuti yg berbaki di luar negara.hehe.negara jiran je-Thailand.Memandangkan ini kali pertama aku ke negara gajah putih dengan kereta.
bermula dengan check point pertama rumah aku di sg petani. terus ke pejabat imegresen sg petani. tu pun sb adik sedara aku nk buat pass sempadan. cepat jugak process buat pass sempadan ni lebih kurang 30min jer. kalau korang lahir di kelantan,kedah,perlis,perak boleh la buat pass sempadan ni RM10 jer valid utk 6 bln jer. korang bleh travel sejauh 20km dr sempadan.utk yg ada passport antarabangsa no problem,rm100 utk passport 2thn validity.

Perjalanan seterusnya ke gurun utk buat insurance kereta dan white paper. bayar sbyk RM15 dan RM1. Aku buat dua-dua document ni kat stesen minyak caltex hentian gurun.Kat sini ada jugak money changer. Rate hari tu RM10 = 9.80 Baht.

Selesai urusan tu,kami terus ke bukit kayu hitam. Isi minyak penuh2 kat chanloon.Untuk pengetahuan korang harga petrol kat thailan agak mahal. Kat stesen minyak thai ada jual RON91,RON95. harga untuk 1 liter RON 95 lebih kurang RM 3.98. So lebih baik isi siap2.
Keadaan lalulintas di menuju ke Hat Yai. Sibuk dengan Tuk Tuk. Risau jugak driving kat sini sb tak biasa. Orang cakap drive kat Siam ni kene rajin break sb tu break pad kat Siam ni murah2.







Syurga shopping. Banyak brg2 untuk dibeli.Tapi kene la pandai tawar menawar. Bab2 shopping dgn tawar-menawar ni serahkan kepada Maam.








Jalan2 cari makan. Antara restoran halal di tengah2 Bandar Hat Yai,Restoran Hamid.Makanan ala thai.Tom Yam,Keng Som,Som Tam dan Pulut Durian,Manga.Best!







Lepas puas ronda2 Hat Yai,terus ke Songkla. Tak de ape2 aktiviti menarik pun. cuma ambik gambar jer.










Pastu Balik ler. Syok jgk pi Hat Yai ni.Next Trip ke Kota Kinabalu.

Tuesday, August 31, 2010

Kelantan saman PETRONAS tuntut bayaran royalti

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan menyaman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menuntut tunggakan pembayaran royalti dan bayaran masa hadapan bagi hasil petroleum diperoleh di luar pantai negeri berkenaan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam, melalui Tetuan Tommy Thomas. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan anggota Exco kerajaan negeri.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Nik Aziz berkata, sebagai ketua kerajaan beliau hanya mahu menjaga harta kerajaan walau dengan apa cara termasuk melalui rundingan atau proses perundangan.
Kerajaan Kelantan (plaintif) menamakan PETRONAS sebagai defendan, menuntut beberapa relif, antaranya pelaksanaan spesifik Perjanjian Petroleum Kelantan dan penjelasan atau siasatan berhubung pendedahan penuh berkenaan bayaran perlu dibayar kepada kerajaan negeri.

Antara pendedahan dituntut ialah tempoh sejak bila sumber itu dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan blok mana diperoleh dan jumlah perlu dibayar PETRONAS.

Kelantan juga menuntut perintah semua tunggakan pembayaran tunai perlu dibayar dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah dan bayaran masa hadapan dibayar mengikut syarat dalam Perjanjian Petroleum Kelantan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan tanpa sebarang alasan melanggar Akta Kemajuan Petroleum (PDA), Perjanjian Petroleum dan Pemberian Kelantan apabila gagal membuat sebarang pembayaran kepada kerajaan negeri bagi petroleum yang diperoleh di luar pantai negeri itu.
Plaintif mendakwa, Perjanjian Petroleum Kelantan ditandatangani oleh Menteri Besar Datuk Mohamed Nasir pada ketika itu yang bertindak bagi pihak kerajaan negeri dan Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS pada masa itu.

Sebagai balasan, defendan bersetuju membayar kepada kerajaan negeri yang memberikan hak selama-lamanya memindah hak kepada syarikat itu hak eksklusif untuk mencari gali dan memperoleh petroleum di luar Pantai Kelantan (Pemberian Kelantan).

Plaintif mendakwa, Pemberian Kelantan disempurnakan secara bertulis pada 9 Mei 1975 oleh Mohamed dan diterima juga secara bertulis oleh Tengku Razaleigh.

Sumber artikel :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KelantansamanPETRONAStuntutbayaranroyalti/Article

Sunday, August 22, 2010

RM VS DINAR & DIRHAM KELANTAN

Baru-baru ini heboh la sekalian rakyat jelata negara Malaysia apabila Kerajaan Kelantan telah menggunakan dinar emas dan dirham dalam transaksi perniagaan dan pemberian gaji kepada kakitangannya. Sememangnya kita lihat emas adalah sesuatu yang berharga dimata manusia. Harga emas sentiasa naik dan takkan hilang nilainya. Justeru ia memang sesuai untuk dijadikan matawang.

Petikan daripada HarakahDaily.Net
Maslan Yusoh Wed Sep 20, 06 4:31:58 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Sept (Hrkh) - Harta kekayaan umat Islam akan jatuh ke tangan orang bukan Islam memandangkan sistem kewangan fiat tidak dikuasai mereka, kata Prof Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Wang fiat dimaksudkan wang yang tiada nilai intrinsik tersendiri, sama seperti wang kertas dan wang elektronik yang digunakan sekarang.

"Dari perspektif ekonomi politik, berpindahnya kekayaan kepada institusi-institusi kewangan akan mengakibatkan berpindahnya juga kedaulatan serta kuasa politik kepada mereka.

"Mereka akhirnya akan menjadi pemerintah sebenar sesebuah negara," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Dinar Emas di sebuah hotel di sini, hari ini. Kertas kerjanya bertajuk 'Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al Syariah'.

Seminar itu diadakan sempena pelancaran Emas Dinar Kelantan yang pertama dilakukan dalam sejarah kewangan Islam di negara ini. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Permodalan Kelantan Bhd.

Dr Ahamed Kameel dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, mereka yang mengeluarkan wang fiat akan menikmati kuasa begitu mutlak kerana mempunyai kuasa beli di seluruh dunia.

Menurutnya, kuasa beli itu telah dinikmati Amerika Syarikat sejak sekian lama dan sekarang dicabar pula oleh Euro.

Katanya, dengan kuasa beli antarabangsa ini mereka dapat melaksanakan agenda-agenda termasuk membiayai Israel dan menindas umat Islam di serata dunia.

"Dengan memberi hutang menggunakan wang fiat yang mereka ciptakan, banyak negara membangun telah pun terperangkap dalam satu perangkap hutang. Tidak dapat bayar walaupun bahagian faedahnya, apa lagi pokoknya.

"Akhirnya kuasa politik dan pengurusan negara jatuh ke tangan institusi-institusi kewangan antarabangsa. Oleh yang demikian beransur-ansur harta kekayaan umat Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam," ujarnya.

Beliau juga memetik ahli ekonomi Islam masa kini, Umer Chapra yang menyebut sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam.

Negara-negara Islam menyelesaikan masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular.

Menurutnya juga, terdapat tiga ciri sistem kewangan masa kini yang mempunyai sifat-sifat riba iaitu wang fiat, perbankan fractional rezab dan riba.

Sehubungan itu beliau mengajak umat Islam memperjuangkan penggunaan wang emas kerana ia mempunyai nilai intrinsik tersendiri, yang sudah terbukti dalam sejarah ketamadunan manusia.

Bekas Pengurus Kanan Pengurusan Projek Bank Pembangunan Malaysia (M) Bhd, Hajah Nik Mahani Mohamad mendedahkan perjanjian Bretton Woods pada 1944, di mana 44 negara bersetuju bersandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada Dollar Amerika.
"Mengapa dunia memberikan persetujuan menggantikan gold standard dengan American Dollar.. dan betapa deception mereka. Dan sejak 1971 Dollar Amerika tidak lagi disandarkan kepada emas.

"Tindakan unilateral Presiden Nixon menandakan berakhirnya sistem piawai emas. Sehingga hari ini dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran pertukaran asing," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Kembalinya Dinar, Sejarah dan Implikasinya'.

Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, Dr Rosli Yaakop pula berkata, wang kertas yang digunakan di Malaysia adalah dibuat daripada 'kain buruk' yang begitu murah nilainya.
Menurutnya juga, penggunaan dinar emas dan dirham bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berakhir selepas Daulah Othamaniah tumbang pada 1924.

"Selepas dilupakan kira-kira tiga suku abab, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam," katanya.
Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan termasuk dihadiri peserta dari luar Kelantan. Ia dirasmikan anggota Exco, Dato' Husam Musa. Manakala petang ini pelancaran Emas Dinar Kelantan dilakukan Menteri Besar.

Sunday, August 8, 2010

Analisis Emas Public Gold

Assalamualaikum,

Agak lama tak update blog ni. Byk jugak yg nk kene update kat sini. Bermula dengan pelaburan emas dahulu lah ye.

Pada 07/07/10 lepas, harga emas 20g pada ketika itu RM2768,RM2780 time tu harga rendah.Dan pada 28/07/10, harga paling rendah adalah RM2702. Sekarang kl kita tgk pada 08/08/10 meningkat kepada RM2800. Peningkatan sebanyak RM 100 atau 3.7%. Sekarang trend semaking menaik.Lihat carta dibawah.



Tak rugi beli emas samaada untuk simpanan atau tujuan pelaburan.

Pelaburan emas yang berbaloi-baloi.

Saturday, February 27, 2010

Pembelian Rumah Pertama

Mungkin setiap orang mengidamkan utk memiliki rumah sendiri. Yela, daripada menyewa baik beli sendiri. Masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Walauapapun, kalau kita tahu objectif utk kita beli rumah mestilah utk jangka masa panjang dan mungkin utk diwarisi ke anak cucu nanti. Untuk posting kali ni saya ingin berkongsi pengalaman memiliki rumah sendiri. Daripada masa sign agreement hingga dapat duduk rumah baru tu. Mungkin ini berguna sebagai rujukan masa depan. Biasala first time buat komitmen yg besar dalam hidup.