Sunday, May 24, 2009

Pinjaman Peribadi Islam


Hari ini saya cuba melayari internet untuk mencari adakah wujud pinjaman peribadi secara islam dengan rate paling rendah.Pinjaman peribadi islamik juga dikenali sebagai "pembiayaan peribadi" kerana ia melibatkan proses aqad jual beli atau sewa bukannya sekadar pinjam-pinjam suka-suka sahaja.

Sekarang ini, banyak bank-bank yang menawarkan pembiayaan peribadi secara islam. Kalau nampak perkataan seperti "pembiayaan peribadi-i" maknanya ia adalah contoh-contoh produk perbankan islam.

Kenapa saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan perbankan islam bukan kepada perbankan konvensional yang ternyata kadar keuntunganya jauh lebih rendah? Jawapan yang mudah adalah untuk mengelakkan diri daripada terjebak kepada amalan riba. Saya suka untuk mengetengahkan isu ini dalam perbahasan menarik dalam blog dilaman ini - http://www.zaharuddin.net/content/view/287/101/.

Terdapat beberapa bank yang menawarkan kadar keuntungan pembiayaan peribadi yang rendah pada hemat saya. Antaranya adalah bank muamalat dan bank rakyat.